Catatan

CARA - CARA MELAKSANAKAN KERJA KURSUS KMK (SPM)

Imej
  📚 Sebelum menghadapi kerja kursus sastera -Ambil tahu cara membina cerpen/drama/syair/gurindam/sajak/pantun. -Kumpul segala puisi sama ada tradisional atau moden ikut tema untuk dijadikan bahan rujukan. -Latih cipta puisi ikut kategori. -Adaptasikan 10 cerpen yang ada dalam buku teks kepada sajak/pantun/syair. -Kumpulkan bahasa-bahasa indah yang ditemui dalam puisi. -Boleh juga kumpulkan puisi dari negara Indonesia -Tonton video puisi di YouTube  📚 Satu hari sebelum berada di dewan peperiksaan -Pastikan alat tulis cukup -Susun rujukan -rujukan yang ada agar tidak membazir masa mencari bahan di dalam dewan. -Baca doa sebelum tidur 📚 Saat berada di dalam dewan -Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim  -Baca doa penerang hati. -Dapat soalan,baca soalan dengan teliti dan pilih soalan yang awak pandai. -Jikalau ada masa lagi,semak semula karya awak . -Diakhiri dengan alhamdulillah. 📚 Setelah keluar dari bilik dewan -Sila pilih sama ada nak buat persembahan multimedia atau secara la

TIP KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF GOT A+

Imej
  VERSI 2 - Part 1 5 Perkara Di Bawah Wajib Tahu (BASIC ) 1. Cara menjawab bentuk/ ciri puisi dan gaya bahasa.  -Buat latihan setiap hari.Contohnya,dalam buku teks KMK kan ada pelbagai puisi.Jadi,awak cuba buat dan kemudian boleh rujuk kepada cikgu atau kawan-kawan.Kenapa buat macam tu? Kerana setiap orang mempunyai jawapan yang berlainan jadi segala kekeliruan dapat dielakkan.👍 2. Gaya bahasa perlu dihafal dan difahami. - Setakat ini , korang hanya perlu hafal 15 sahaja. -Macam mana nak ingat kan banyak? Sentiasalah buat latihan berulang-ulang kali. -Lepas dah hafal tulis balik di atas kertas. -Lagi satu,gaya bahasa ni ada dua jenis iaitu perulangan dan perbandingan. 3. Jangan pening2.Sudut pandangan korang hafal dua jenis sahaja. -Sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang kedua. -Soalan yang tanya sudut pandangan ini biasanya cerpen/novel/drama. 4.Teknik plot hafal maksud dan cara penggunaannya . -Setakat ini ada sembilan sahaja. -Part ini memang agak keliru sikit,jadi

CARA-CARA BELAJAR for SPM STUDENT

Imej
  Cara ini sesuai untuk para pelajar yang tidak mahu banyak tekanan dalam kehidupan. Pertama sekali,untuk makluman anda semua,saya ni bukanlah seseorang yang pandai sangat dan rajin.Boleh dikatakan,saya ni memang agak pemalas lah juga. Tapi, Alhamdulillah keputusan SPM 2021 saya agak memuaskan pada pandangan sayalah.Jadi,saya nak kongsi sedikit cara saya belajar. So, let's start ❗ 1. Bahasa Melayu  -Ujian bertulis : Banyakkan buat latihan yang cikgu beri dan fokus pada tempat yang awak banyak salah.Selain itu, cuba buat karangan sendiri ikut rangka karangan.Seterusnya,hafal beberapa peribahasa. -Ujian mendengar : Awak buat tiga kali dah cukup ,tapi if ada banyak masa terluang boleh buat banyak 2. Awak boleh cari di YouTube . -Ujian bertutur : Kalau awak malas nak baca di Google, awak baca jer apa yang ada dalam buku teks form 4 dan form 5. Sebab nanti masa periksa yang sebenar,tajuk-tajuk yang diberikan adalah daripada buku teks tersebut. Cuba buat latihan ni bersama kawan-kawan.

10 PERKARA PERLU DIELAKKAN APABILA MUSIM EXAM!

Imej
  1. Muat turun media sosial   (Instagram/Twitter/ Facebook ) sebab aplikasi ini boleh menyebabkan kita lalai.Sebagai contohnya,kita dah belajar dua jam dan kononnya nak rehat sekejap tapi tiba-tiba buka Instagram.Lebih kurang macam tu lah. 2. Mencarut,membawang atau perbuatan dan perkataan yang tidak berfaedah . Contohnya, cakap perkataan 'bodoh' setiap hari terhadap orang lain.Allah akan pantulkan kepada diri yang menyebut itu. 3. AWAS ! Makan makanan ringan atau segera seperti Maggi.Tapi,if nak makan tu boleh cuma jangan berlebihan sebab tiada banyak khasiat sangat. 4. Berada di persekitaran yang negatif. Contohnya,ada seorang kawan awak sedang membawang...Jadi awak perlu jauhkan diri daripadanya agar tidak mempengaruhi pemikiran awak yang suci. 5. Tidur lambat ! Walaupun ramai orang buat termasuklah saya. Boleh juga sebenarnya,cuma caranya berlainan.Contohlah,awak dah tidur petang sebab awak nak study pada waktu malam.Kalau jenis yang macam tu boleh. 6. Muat turun game !

10 PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN SPM!

Imej
  1. Belajar bahasa baru    -Disebabkan tak tahu nak buat apa,jadi saya pun belajar bahasa Turkiye.Seronoklah juga,sebab dapat ketahui bahasa asing.Lagi satu,bolehlah membawang 😂. [Jangan buat, berdosa] 2. Berkebun/Bercucuk tanam     -Dulu,saya takda lah minat sangat berkebun sebab terlalu busy dengan study.Tetapi,selepas habis SPM ..Saya mula berkebun di tepi rumah sahaja.Tapi,yang sebenarnya Mak Abah saya yang suka berkebun ni dan saya pun terikut hehehehe. 3. Membaca novel / komik     -Ok yang ni wajib buat sebab masa ni lah kita dating dengan buku-buku fav setelah sekian lama membaca buku teks. 4. Menonton filem     -Ini pun wajib juga , sebab saya dulu masa tingkatan 5 memang tak tonton apa-apa filem pun.Jadi,bila dah ada peluang,jangan lepaskan tau.Banyak filem-filem menarik ada di YouTube atau aplikasi lain. 5. Tolong ibu bapa / Ahli keluarga    -Sudah semestinya,korang akan buat.Kalau macam saya,tugas utama siram pokok,angkat baju dan bersihkan sangkar kucing .🐈 6 . Mengemas

KENANGAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM

Imej
"Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan."-Imam Syafie 15 Jun 2022 🤍 Mula- mula tak rasa takut pun .Tapi disebabkan kawan pun dok kalut tak pasal-pasal debaran kian terasa. 🤍Buat solat Hajat supaya Allah permudahkan perjalanan pada hari tersebut.Walaupun keputusan keluar esok tapi kita masih boleh berdoa.Pastu, tak makan banyak pada hari ini sebab nak jaga perut hahahah 🤍Malam tu pula bincang dengan kawan kat group Whatsapp esok nak pakai baju apa.Walaupun dah habis sekolah but kami still nak bertanya juga.Comel tak kami.🤭 🤍Bagitahu mak ayah dan adik-beradik,esok result SPM nak keluar . Tapi ada dua pandangan sama ada yang memainkan perasaan kau dan memberi sokongan.Saya macam biasalah ,kakak saya menakutkan saya dulu pastu baru bagi motivasi hahhaah. 🤍Tidur awal sebab esokkan nak jumpa crush eh tiberrr ______________________________________________ 16 JUN 2022 🤎Pagi -pagi tu dah bangun awal solat subuh pastu mandi

CARA SKOR A+ KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (SPM)

Imej
  Versi 1 Kepada pelajar KMK SPM❤❤❤ Sebelum awak baca, saya nak awak tahu yang saya bukanlah seorang yang gemar subjek ini pada mulanya.Ambil subjek ini pun sebab tak nak ambil SENI.Jadi,bila cikgu saya ajar subjek ini,memang tak boleh jalan.Maksud saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Kemudian,bila ada peperiksaan. Saya dapat 62markah daripada 100.(Semasa form 4).Lalu,bila Saya ikut cara belajar yang betul.Saya dapat A+ dalam SPM. Jadi, saya nak kongsi BAGAIMANA SAYA DAPAT A+ 1. Pelajar KMK tidak boleh elak lima perkara di bawah ini: -Memahami cara penggunaan gaya bahasa.Setakat ni  awak perlu belajar 15 sahaja.Nampak macam banyak tapi percayalah saya.Kalau awak baca setiap hari.Mesti awak boleh ingat punya.  -Mengetahui bentuk atau ciri setiap puisi.Ada enam ciri puisi. -Hafal dua sudut pandangan. -Memahami cara penggunaan teknik plot. -Hafal lima nada. 2. Pelajar KMK perlu mengetahui teknik menjawab jenis soalan di bawah : -Kritikan Sastera (Sanjungan/Pandangan/Saranan) -Is