TIP KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF GOT A+


 VERSI 2 - Part 1


5 Perkara Di Bawah Wajib Tahu
(BASIC)

1. Cara menjawab bentuk/ ciri puisi dan gaya bahasa.
 -Buat latihan setiap hari.Contohnya,dalam buku teks KMK kan ada pelbagai puisi.Jadi,awak cuba buat dan kemudian boleh rujuk kepada cikgu atau kawan-kawan.Kenapa buat macam tu? Kerana setiap orang mempunyai jawapan yang berlainan jadi segala kekeliruan dapat dielakkan.👍

2. Gaya bahasa perlu dihafal dan difahami.
- Setakat ini , korang hanya perlu hafal 15 sahaja.
-Macam mana nak ingat kan banyak? Sentiasalah buat latihan berulang-ulang kali.
-Lepas dah hafal tulis balik di atas kertas.
-Lagi satu,gaya bahasa ni ada dua jenis iaitu perulangan dan perbandingan.

3. Jangan pening2.Sudut pandangan korang hafal dua jenis sahaja.
-Sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang kedua.
-Soalan yang tanya sudut pandangan ini biasanya cerpen/novel/drama.

4.Teknik plot hafal maksud dan cara penggunaannya.
-Setakat ini ada sembilan sahaja.
-Part ini memang agak keliru sikit,jadi memang perlu buat banyak latihan.

5. Nada perlu dihafal
-Mula-mula hafal maksudnya.Kemudian , kaji semua puisi ..nada apa yang sesuai.

SOALAN ARAS SEDERHANA
1 . Dalam exam, ada soalan yang meminta PERBANDINGAN , UNSUR KEAGAMAAN , TEKNIK PENULISAN.
- Kalau dilihat macam tu,mesti tak faham.Jadi , mesti buat banyak latihan . Saya dulu banyak kali salah tapi after buat banyak latihan saya dapat.

SOALAN ARAS TINGGI
1. Ada empat antaranya:
a) Kritikan sastera (saranan/pandangan/sanjungan)
b) Isu masyarakat (isu masyarakat/citra masyarakat)
c) Kenegaraan ( unsur patriotisme/ciri kepemimpinan)
d) Sahsiah (keagamaan/ keperibadian unggul)
-Part ni memang tak faham sangat,jadi saya pergi hafal contoh 2 jawapannya.
-Soalan jenis ini ada cara nak jawab tak boleh jawab cincai.

👆👆👆 Tip-tip atas ini kebanyakannya banyak ditanya dalam bahagian A.

Bersambung...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 1)

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 3)

Larian Merdeka