CARA SKOR A+ KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (SPM)

 


Versi 1

Kepada pelajar KMK SPM❤❤❤

Sebelum awak baca, saya nak awak tahu yang saya bukanlah seorang yang gemar subjek ini pada mulanya.Ambil subjek ini pun sebab tak nak ambil SENI.Jadi,bila cikgu saya ajar subjek ini,memang tak boleh jalan.Maksud saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Kemudian,bila ada peperiksaan. Saya dapat 62markah daripada 100.(Semasa form 4).Lalu,bila Saya ikut cara belajar yang betul.Saya dapat A+ dalam SPM. Jadi, saya nak kongsi BAGAIMANA SAYA DAPAT A+

1. Pelajar KMK tidak boleh elak lima perkara di bawah ini:

-Memahami cara penggunaan gaya bahasa.Setakat ni  awak perlu belajar 15 sahaja.Nampak macam banyak tapi percayalah saya.Kalau awak baca setiap hari.Mesti awak boleh ingat punya. 

-Mengetahui bentuk atau ciri setiap puisi.Ada enam ciri puisi.

-Hafal dua sudut pandangan.

-Memahami cara penggunaan teknik plot.

-Hafal lima nada.

2. Pelajar KMK perlu mengetahui teknik menjawab jenis soalan di bawah :

-Kritikan Sastera (Sanjungan/Pandangan/Saranan)

-Isu Masyarakat

-Kenegaraan (Unsur patriotisme/Unsur Sejarah)

-Sahsiah (Unsur keagamaan)

-Keperibadian Unggul

-Ciri kepemimpinan

-Citra Masyarakat 

3.Mengetahui semua aspek 
   Sastera Panji,Epik dan Hikayat.

4. Baca kesemua dan hadam 10 cerpen.

5.Baca novel Ogonshoto tiga kali.(Ya,saya faham novel ni memang sukar nak faham sebab tu perlu baca banyak kali.Tapi,kalau otak dah tak boleh terima...baca sahaja sipnosis.)

6. Mahir dalam penciptaan pantun,sajak,syair,gurindam,drama,sambung cerita.(Saya sarankan walaupun awak suka buat sajak tapi awak perlu tahu juga cara membuat pantun,syair,gurindam dan sebgainya.Saya cakap macam tu,sebab saya sudah terkena.)

7. Cuba buat adaptasi cerpen kepada sajak.(Walaupun macam malas nak buat tapi sekurang-kurangnya boleh latih ingatan awak)

8.Banyakkan membuat latihan KMK dari negeri-negeri lain atau daipada cikgu awak.(Tip ni macam KUNO tapi percayalah saya memang betul-betul berhasil.

9.Sentiasa bertanya soalan kepada guru.(Saya dulu sentiasa ada perasaan was-was bila nak jawab soalan.Jadi dengan bertanya kepada seseorang,saya dapat atasi)

10. Cerita kepada kawan.

11.Buat nota/tulis balik.(Lepas balik sekolah,catat balik apa yang awak belajar semasa di kelas)

12. Beri perhatian yang penuh di dalam kelas.

13. Bermain teka teki bersama kawan.(Maksud saya,teka teki tentang KMK)

14. Main kuiz kmk di google.(Cari sahaja di google memang banyak)

15. Tonton video pembelajaran kmk di YouTube (DIDIK TV)

16. Baca puisi daripada negara Indonesia.(Kenapa? Sebabnya korang akan ada idea untuk buat atas gramatis )

17. Lakukan kerja kursus dengan betul . 

18.Hadir kelas tambahan yang dibuat oleh guru.

19. Jangan lupa buat NOTA POCKET (Boleh dibawa kemana-mana memang mujarab)

20. Amalkan DUIT DOA+USAHA+IKHTIAR+TAWAKAL)

Insya Allah,selepas awak lakukan semua ini.Awak akan dapat A+!

SEMOGA BERJAYA.

#USAHA TIDAK AKAN MENGKHIANATI KITA #SPM #KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF #TINGKATAN 4 

#TINGKATAN 5


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 3)

KENANGAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM

Larian Merdeka