CARA - CARA MELAKSANAKAN KERJA KURSUS KMK (SPM)

 


📚Sebelum menghadapi kerja kursus sastera

-Ambil tahu cara membina cerpen/drama/syair/gurindam/sajak/pantun.

-Kumpul segala puisi sama ada tradisional atau moden ikut tema untuk dijadikan bahan rujukan.

-Latih cipta puisi ikut kategori.

-Adaptasikan 10 cerpen yang ada dalam buku teks kepada sajak/pantun/syair.

-Kumpulkan bahasa-bahasa indah yang ditemui dalam puisi.

-Boleh juga kumpulkan puisi dari negara Indonesia

-Tonton video puisi di YouTube 


📚 Satu hari sebelum berada di dewan peperiksaan

-Pastikan alat tulis cukup

-Susun rujukan -rujukan yang ada agar tidak membazir masa mencari bahan di dalam dewan.

-Baca doa sebelum tidur


📚 Saat berada di dalam dewan

-Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim 

-Baca doa penerang hati.

-Dapat soalan,baca soalan dengan teliti dan pilih soalan yang awak pandai.

-Jikalau ada masa lagi,semak semula karya awak .

-Diakhiri dengan alhamdulillah.


📚 Setelah keluar dari bilik dewan

-Sila pilih sama ada nak buat persembahan multimedia atau secara langsung.

-Tonton video kerja kursus KMK di aplikasi YouTube

-Tanya senior yang ambil aliran sastera.

-Cara membuat papan cerita boleh lihat di Google atau tanya cikgu yang ajar.

-Kalau buat persembahan multimedia,saya sarankan ambil aplikasi INSHOT / KINEMASTER / CAPCUT .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 3)

KENANGAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM

Larian Merdeka