KENANGAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM

"Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan."-Imam Syafie


15 Jun 2022

🤍 Mula- mula tak rasa takut pun .Tapi disebabkan kawan pun dok kalut tak pasal-pasal debaran kian terasa.

🤍Buat solat Hajat supaya Allah permudahkan perjalanan pada hari tersebut.Walaupun keputusan keluar esok tapi kita masih boleh berdoa.Pastu, tak makan banyak pada hari ini sebab nak jaga perut hahahah

🤍Malam tu pula bincang dengan kawan kat group Whatsapp esok nak pakai baju apa.Walaupun dah habis sekolah but kami still nak bertanya juga.Comel tak kami.🤭

🤍Bagitahu mak ayah dan adik-beradik,esok result SPM nak keluar . Tapi ada dua pandangan sama ada yang memainkan perasaan kau dan memberi sokongan.Saya macam biasalah ,kakak saya menakutkan saya dulu pastu baru bagi motivasi hahhaah.

🤍Tidur awal sebab esokkan nak jumpa crush eh tiberrr

______________________________________________

16 JUN 2022

🤎Pagi -pagi tu dah bangun awal solat subuh pastu mandi koboi.Bersihkan kandang kucing.

🤎Pastu dalam kul 8 pagi gitu mandi lagi segarkan badan.Pastu pukul 9:00 gitu dah bersiap . 30 minit jer.Pastu baring-baring kejap sambil main game Plant vs Zombie sementara tunggu pukul 10:00

🤎Pukul 10:05 minit , semak result SPM guna sms.Sebab ku fikir dapat cepat but tak sampai lagi so terpaksalah guna alternatif lain iaitu menggunakan dalam talian.Allahuakbar,tak boleh juga .Masa tu cakap dengan hati harap-haraplah tak mengecewakan.So terpaksa pergi sekolah dulu tanpa mengetahui keputusan.Sedihh(Pergi awal sebab dah janji dengan kawan ,janji harus ditepati😉)

🤎Dah sampai tu,jumpa kawan lama,kawan sekelas masa form 1 hingga form 3.

🤎Sampai sekolah nampak rakan-rakanku sedang berkumpul berdekatan Dewan Gemilang mendengar ucapan oleh pengacara berkaitan calon-calon yang mendapat straight A.Walaupun bukan aku yang dapat tapi aku bangga salah seorang rakan sekelasku dapat straight A. Alhamdulillah.

🤎Masatu juga kawan saya yang manis ni tanya result aku.Disebabkan, internet aku buat hal,aku suruh dia tengokkan aku punya. Bila kawan aku bagitahu keputusan aku memuaskan .Aku tak tahu nak nangis atau gembira.Tapi terpaksa tahan sebab ramai masatu.

🤎Keadaan ketika itu,memang meriah ah maklumlah sudah berbulan-bulan tidak berjumpa dengan kawan-kawan.Ada yang datang dengan ibu bapa aku datang sorang jer.Tak,aku tak sedih pun.

🤎Lepastu bila orang dah makin sikit.Aku dengan kawan-kawanku pergi mencari guru kelas kami yang paling hensem.Haishhhh,susah betul jadi anak muridnya ,tidak focus kami hahhhahhh.Bila dah jumpa tu,apalagi minta result takkan nak minta autograf pula risauuuu ..Ada satu cerita sampai sekarang aku rasa bersalah,masa cikgu aku bagi keputusan SPM kat aku ..Dia macam cakap sesuatu tapi masalahnya aku tak dengar sangat.Jadi,aku pun angguk dan senyum jer bila dia cakap.Tapi tulah nak buat macam mana terlalu meriah sangat masatu. Sorry cikgu.🙏

🤎Lepastu, kitaorang duduklah kat kerusi yang disediakan sebab penat (menunggu kawan yang belum tiba hahahaha) 

Bila dah duduk-duduk tu, tiba-tiba kawan aku cakap "Weyh,cikgu sejarah pandang sini" hahaha memasing dah gelabah.😱Aku pun tak tahu kenapa nak rasa takut,maybe takut kena marah sebab tak dapat keputusan yang memuaskan.But it's okaylah, masing masing ada rezeki yang berlainan.☺️

🤎Tapi,disebabkan taknak rasa bersalah,aku dengan kawanku terpaksa pergi juga.So,macam biasalah soalan yang ditanya cikgu 

 -boleh cikgu tengok result awak

 -dapat apa

 -lepasni nak belajar kat mana

Lepastu, kata-kata nasihat mula dilontarkan.Tapi,still seronok sebab dapat jumpa cikgu-cikgu yang ajar kita .

🤎Dah siap tu,ambil gambar lah apa lagi.Tak lengkap kehidupan kalau tak ambil gambar.Ouh ya,masatu kitaorang nak ambil gambar dengan cikgu kami yang hensem tu tapi disebabkan kitaorang malu maka hasrat tu ditanam semula 🤣

🤎Lepastu,pergi pejabat ambil sijil berhenti sekolah . Sampai nak pukul 1 petang lah juga sebab ramai orang.

Kemudian,buat lambaian terakhir kepada kawan-kawannnnn pastu balik.

______________________________________________

Actually,aku saja kongsi my experience ambil result SPM sebab sometimes aku boleh lupa memory manis.So aku simpan sini...huhuhuh

But if you guys baca sampai habis.Thank you sangat-sangat.

And kepada pelajar SPM seterusnya. Saya cuma nak cakap, belajarlah bersungguh-sungguh agar dapat keputusan yang luar biasa.Memang penat tapi setiap kepahitan yang kita lalui pasti akan ada kemanisannya dan segala usaha yang kita curahkan pasti akan ada hasil tangkapannya yang amat berbaloi.Jangan pernah mengalah.

Lagi satu,hargailah rakan sekelas korang walaupun ada kalanya mereka menyakitkan tapi itulah yang menyebabkan kita menjadi semakin rindu akan mereka . Jadi hargailah segala peristiwa pahit manis di zaman persekolahan .


-Semoga berjaya!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 3)

Larian Merdeka