CARA-CARA BELAJAR for SPM STUDENT

 


Cara ini sesuai untuk para pelajar yang tidak mahu banyak tekanan dalam kehidupan.


Pertama sekali,untuk makluman anda semua,saya ni bukanlah seseorang yang pandai sangat dan rajin.Boleh dikatakan,saya ni memang agak pemalas lah juga. Tapi, Alhamdulillah keputusan SPM 2021 saya agak memuaskan pada pandangan sayalah.Jadi,saya nak kongsi sedikit cara saya belajar. So, let's start ❗


1. Bahasa Melayu 

-Ujian bertulis : Banyakkan buat latihan yang cikgu beri dan fokus pada tempat yang awak banyak salah.Selain itu, cuba buat karangan sendiri ikut rangka karangan.Seterusnya,hafal beberapa peribahasa.

-Ujian mendengar : Awak buat tiga kali dah cukup ,tapi if ada banyak masa terluang boleh buat banyak 2. Awak boleh cari di YouTube .

-Ujian bertutur : Kalau awak malas nak baca di Google, awak baca jer apa yang ada dalam buku teks form 4 dan form 5. Sebab nanti masa periksa yang sebenar,tajuk-tajuk yang diberikan adalah daripada buku teks tersebut. Cuba buat latihan ni bersama kawan-kawan.


2. Bahasa Inggeris

-Ok yang ni saya takde tip sangat tapi apa yang saya faham awak kena banyak tahu vocabulary dan pastikan awak faham cara penggunaan grammar.

-Saya tak minat bahasa inggeris tapi tulah tetap kena tahu juga dan saya belajar setakat nak lulus jer. Jadi ini caranya, mula-mula saya fahamkan teknik menjawab di setiap bahagian. Kemudian, saya hafal perkataan -perkataan yang selalu digunakan , linking words. Hah itu jer. Kalau ujian mendengar dan ujian bertutur pula, saya baca buku teks sekejap jer.Itupun, teacher saya suruh.


3. Matematik.

 - tak lain tak bukan,awak kena banyak buat latihan setiap hari. 1 Soalan 1 hari pun dah okayy.

 - tapi dulu ,saya buat soalan yang saya suka lepastu kira cukup 40 markah tak?If tak cukup awak kena buat latihan lagi.


4. Sains

- Ini memang mujarab, saya buat betul-betul saya dapat.Buat pengetahuan anda semua,sejak sek rendah memang saya tak minat sains.Tapi, naik form 5 saya minat sangat. Bagaimana ia berlaku ini caranya :

- Cikgu sains saya, setiap kali dia masuk memang dia akan bagi latihan setiap hari.

Kadang-kadang naik muak juga,tapi kerana itulah saya berjaya .

-Jadi, kuncinya ialah awak buat jer latihan yang cikgu bagi dan if tak tahu tanya cikgu atau kawan - kawan .


5. Pendidikan Islam 

- Saya buat nota dalam kertas A4 supaya saya boleh bawa kemana-mana dan bila ada masa senggang saya hafal.

- Saya juga akan main soal jawab dengan kawan saya. Automatik awak akan ingat.

- Sentiasalah buat soalan KBAT.Dalam buku teks ada banyak soalan KBAT.


6. Sejarah

-Macam biasa awak kena baca dan fahamkan. Lepastu, jangan lupa buat nota.Kemudian, hafal.

- Kalau malas beli buku latihan kat kedai,awak buat jer soalan daripada buku teks atau dari cikgu.


7. Kesusasteraan Melayu Komunikatif

-saya banyakkan buat latihan.

-Hafal mengikut aspek-aspeknya.

-Bercerita dengan kawan.


Tamat.

Ringkasan cara saya belajar and nanti saya akan buat versi yang lebih terperinci sebab saya ada banyak cara belajar untuk dikongsi bersama kalian. 


Terima kasih.Jumpa lagi ☺️


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 3)

KENANGAN MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM

Larian Merdeka