PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 ( PART 2)

 DAY 2


Pukul 5 pagi bangun,siap-siap pilih baju hendak dipakai sementara menunggu kawan-kawanku selesai mandi.Dah siap mandi dan solat subuh.Turun bawah untuk tunggu bas datang dalam pukul 6 :45 gitu untuk kembali semula ke UTHM . Kemudian ada aktiviti EXPLORACE.Korang boleh tengok gambar-gamabar kat bawah.Memang seronok gila.Dan apa yang aku dapat dalam aktiviti ni ialah semangat kerjasama perlu ada dan amat penting dalam kehidupan.Sekurang-kurangnya,boleh dijadikan sebagai latihan hahahahhah.

FKAAB - MAKMAL AIR DAN TANAH


FRAUNHOFER INNOVATION LAB - AR/VR

                         FKMP - DRON

FSKTM- ANIMASI /VIRTUAL GAME

MAKER SPACE @ UTHM - ROBOTIK
(Aku hanya mampu melihat sahaja,sebab rumit sangat)

Pukul 1 petang makan dan solat zohor.Pastu pukul 2 petang ada ceramah tentang lanjutan pengajian.Nak jadi apa bila dah habis SPM. Kalau macam saya ...Saya nak jadi cikgu sekolah menengah.Moga-moga dapatlah.Aamiin.

Kemudian,pukul 4:45 diberi minum petang lalu solat asar.Pukul 5:30 petang aktiviti riadah berkumpulan.Ada tiga game tapi sempat buat dua jer. (Rujuk gambar)hahahahh

Game pertama : Tulis perkataan Technology guna marker pen yang diikat guna tali.

GAME KEDUA : Radio rosak tapi tak boleh cakap hanya buat gaya.

Bersama Fasi dan para peserta.

    
                         *****

Pukul 7.00 malam dah ada kat tempat penginapan.Dah makan dah solat maghrib pastu pergi dengar ceramah agama sementara tunggu azan isyak.Lalu,ustaz yang beri ceramah bagitahu 

 -dalam hidup ni kita kena selalu ucap Alhamdulillah.

-Betulkan niat dalam hati agar Allah permudahkan urusan kita.

-Sentiasa didik hati kita untuk solat awal waktu.Paksa diri kita untuk solat sebab lama-lama perlakuan itu akan terbiasa.

-Sentiasa jadikan cerita Nabi sebagai panduan dalam hidup agar kita tidak tersesat ke jalan yang salah.

-Sentiasa jaga hak Allah,Allah jaga hak kita.

-Apa-apa pekerjaan ibadah solat perlu diutamakan.

-Bacalah surah Al-Kahfi ayat 101 hingga 110 agar diselamatkan dari fitnah akhir zaman.

Seterusnya,pukul 9 ada ceramah tentang pengucapan awam,bahasa badan positif dan negatif serta semakan pemakaian profesional.Pukul 10.30 malam makan dan tidur.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 1)

PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 3)

Larian Merdeka