PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 1)
PROGRAM GEAR UP UTHM MARA 2022 (PART 1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini blog pertama saya,so hope korang suka.Dekat blog ni , saya nak ceritalah sikit tentang perjalanan saya sertai Program GearUP 2022! (GET READY FOR UNIVERSITY) tajaan daripada MARA berkolaborasi dengan UTHM.
Pada mulanya,saya dapat ni dari guru kaunseling saya.Jadi,saya cubalah daftar mana tahu kalau dapat dan Alhamdulillah saya dapat emel daripada pihak UTHM.Kemudian,saya pun siap-siap kemas beg kerana program itu berlangsung tiga hari dua malam.Here we go!
DAY 1
Daftar masuk pukul 2 hingga 3 petang.Tak ramai orang lagi biasalah janji Melayu hahahah.Masatu pergi dengan kawan jadi takdelah gementar sangat.Dah siap daftar tu masuklah ke bilik seminar untuk dengar taklimat.
Disebabkan Universiti so sudah tentu penceramahnya ialah pensyarah.Dah lupa dah siapa namanya tapi kebanyakannya cerita tentang pengalaman beliau pergi ke Jepun seorang diri dengan penuh cabaran yang dilalui.Lepastu , ada seorang pensyarah mudalah juga dia bagitahu HOW TO FOCUS AT UNIVERSITY.Beliau pun berkata JANGAN ADA KAWAN BAIK ATAU BFF sebab if kita berada dalam persekitaran tu maka pembelajaran kita akan terbantut.Lepastu,jangan fikir untuk berhaneymoon or travel sebab perkara tu sia-sia.Maksud saya bukan tak boleh tapi perlu siapkan kerja dahulu baru boleh bercuti.
Pukul 4:45 petang ,diberi makan minum petang serta solat Asar.Lepastu ,pukul 5: 30 petang ada aktiviti beriadah.Dalam aktiviti kitaorang kena saling mengenali antara satu sama lain.
Pukul 7:00 makan malam dan solat maghrib.Waktu tu juga saya dapat berkenalan dengan orang baru.Mula-mula takut tapi sebenarnya diorang pun sama macam aku,biasalah tak kenal.Tapi apa yang saya boleh cakap mereka yang hadir dalam program memang AWESOME!PERAMAH SANGAT.Lepastu sembang dengan rakan sebilik macam rakan sekelas hahahah.
Pukul 9:00 malam ada ceramah about COFIDENCE IS A SKILL bersama Dr Siti Sarah(boleh follow beliau di FACEBOOK) Masa ni beliau cerita tentang zaman dia berusaha mencari ilmu , ceritanya buat aku sedih sebab kehidupan dia dahulu lebih susah daripada aku.Korang bayangkanlah adik-beradik dia ramai,pastu dia sorang jer yang melanjutkan pelajaran...Bukan dalam negara tapi luar negara,memang gempak Dr Sara tu.Sebelum ceramah tu,dia minta para peserta nyanyi lagu BELIEVE (boleh search kat YOUTUBE) lagu tu boleh jadi pembakar semangat untuk kita if kita rasa down.Kemudian,ada buat ujian PSIKOMETRIK untuk tahu minat kita or kerjaya.So saya memang galakkan yang lepasan SPM untuk buat ujian ini.(Boleh cari kat Google)
Pukul 10 :30 malam tamatlah ceramahnya dan diberi makan cemil-cemilan before go to sleep.Malangnya,pukul 2 pagi gitu baru boleh tidur..itupun tidur anak-anak ayam.So,penyelesaiannya if pergi tempat baru,lebih baik bawa earphone.
Bersambung...
Ulasan
Catat Ulasan